kata-kata mutiara Imam Ali Al-Murtadha AS semasa hidupnya,yang mana ilmunya amatlah tinggi sepanjang zaman.
Imam Ali As berkata:

“Pergaulilah manusia dengan pergaulan yang apabila kamu meninggal dunia mereka menangisimu dan jika kamu hidup mereka menyayangimu”

“Apabila engkau dapat mengalahkan musuhmu, maka maafkanlah dia sebagai tanda berterima kasih di atas kesanggupanmu mengalahkannya”

“Sifat kikir adalah aib, sifat takut adalah kekurangan, kefakiran menjadikan orang cerdik membisu daripada mengemukakan hujahnya, orang miskin terasing di negara, sifat lemah adalah penyakit, sifat sabar adalah keberanian, sifat zuhud adalah kekayaan dan sifat warak adalah benteng”

“Hati orang yang berakal adalah tempat penyimpanan rahsianya”

“Jauhilah persahabatan dengan pengkhianat kerana dia akan menjualmu dengan harga yang lebih murah”

“Wahai anakku yang tersayang, janganlah berkawan (bersahabat) dengan pembohong, kerana sesungguhnya dia seperti fatamorgana (pembayangan udara) yang mendekatkanmu kepada yang jauh dan menjauhkanmu dari yang dekat”

“Kebaikan itu bukanlah kerana harta dan anak yang banyak, tetapi kebaikan itu ialah ‘ilmu yang banyak dan kasih sayang yang besar serta dorongan kepada menyembah kepada Tuhan (Allah). Maka jika engkau berbuat baik, pujilah Allah dan jika engkau berbuat salah, minta ampunlah kepada-Nya”

“Tiada kebaikan di dunia ini kecuali kebaikan 2 orang lelaki.Pertama lelaki yang berbuat dosa,kemudian dia susuli dengan taubat.Kedua lelaki yang bersegera berbuat kebaikan”

“Cercalah saudaramu dengan berbuat baik kepadanya, dan balaslah kejahatannya dengan berbuat baik kepadanya”

by Musthafa Alhusaini

www.nurmadinah.com

Like this Article? Subscribe to Our Feed!